Friday, 31 October 2014

Mari Kita Kelilingi Dunia Bersama TravelFeet

Bagi sesiapa yang berminat travel ke sana sini mesti akan berminat dgn page yang irene akan syorkan ni.Diorang adakan promosi untuk ke Jepun selama 6 hari 5 malam dengan harga RM1590 aja bagi ground package.Murahkan??

Travel Feet team ni terdiri dari 3 orang "kaki travel"..semuanya sempoi2 dan semestinya minat mereka semua sama which is TRAVEL..
Kalau korang nak try kimono dan nak lihat geisha,bolehlah join trip diorang dalam bulan april nanti.

Selain ke luar negara, Travel Feet juga adakan pakej dalam negara.Bulan mac nanti diorang akan panjat gunung kinabalu,so kalau korang berminat boleh lah contact diorang tanya mengenai pakej kinabalu tu yer,nak-nak lagi sekarang tiket tengah murah.

Yang pastinya pakej TravelFeet sediakan semestinya berbaloi dan murah.Diorang sudah ada perancangan untuk tahun 2015.Korang pilih aja nak kemana dengan pakej-pakej diorang.Untuk maklumat lanjut korang boleh follow diorang di:

Facebook : TravelFeet
Instagram : travelfeet_

"The World Is A Book, And Those Who Do Not Travel Only Read A Page"


Thursday, 30 October 2014

..An Appreciation..

Appreciate all things that you love so they wont leave you..if you never appreciate them,somebody else will do and took them away from you..
A reminder to myself and readers out there..

Love,
Irene
XoXo

Monday, 13 October 2014

Hentikan Keganasan Terhadap Wanita!!

Stop Domestic Violence!!

Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita pada tahun ini dijalankan di peringkat 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan kempen secara walk-about diadakan di peringkat negeri seluruh negara, kata Rohani ketika Majlis Pelancaran Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita.


Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melancarkan kempen 90 hari sempena Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita pada tahun ini berbanding tahun 2013 berikutan kesedaran masyarakat dalam kempen ini.


Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembagunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Dato' Sri Rohani Abdul Karim.


Beliau memberitahu bahawa pelancaran ini adalah permulaan kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita sempena sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita pada 25 November nanti.


Kempen ini adalah program tahunan KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita yang bertujuan mewujudkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan isu ini dan peranan semua pihak dalam menghapuskan segala bentuk keganasan terhadap wanita di samping meningkatkan kesedaran kepada golongan muda tentang keperluan untuk sama-sama dalam menangani isu keganasan terhadap wanita.



Below are few pictures of abusive disney princess by artist Saint Hoax with the tagline :

WHEN HE STOP TREATING YOU LIKE A PRINCESS?





As Hoax explained to HuffPost, "By portraying Disney princesses as victims of domestic violence, I'm proposing the idea that no girl/woman is safe from being emotionally/physically/sexually abused." Disney princesses are seen as the epitome of feminine perfection, yet domestic abuse can affect any woman (or man) at any time -- even Ariel, Jasmine, Cinderella and Aurora.
source : Huffingtonpost

Take care of yourself first before you take care of your child ladies..do report any abusive if it happen to you.Dont let the abusive husband treating you like animals.Although he is a husband , doesnt mean he has a right to treat u badly or abuse you physically/mentally.
This thing happen around us, either it will be your neighbour..your sister or anyone else..
 Love yourself first...ladies, you have to know that domestic violence is a serious criminal offence and not a personal marriage issue.


Thursday, 18 September 2014

Jauhi lah hutang


Nampak tak betapa beratnya kalau kita BERHUTANG dengan orang?
Walau pun sesen bayar lah balik hutang tu. Nak-nak lagi kalau jumlahnya banyak. Sebelum berhutang fikir dulu sama ada kita mampu bayar balik ke tak.
Kalau rasa tak mampu baik lah usaha secara alternatif lain.
Takkan nak harapkan orang yang kita hutang tu halalkan macam tu saja semua hutang kita kepada dia.Apatah lagi sampaikan MUFLIS orang tersebut disebabkan hutang kita? Rasa-rasa nak ke org tu halalkan?
Bab hutang ni jangan di ambil mudah yer kawan-kawan. Orang yang kita hutang pun sama macam kita jugak, perlukan duit untuk belanja harian, beli rumah, beli kereta , bagi anak ISTERI makan minum pakai..jangan ingat anda je yang pandai gunakan duit..
Satu lagi bila berhutang, burukkan pula si pemiutang tu...di katanya si pemiutang pulak yang menghabiskan HAK dia. Kenapa perlu sampai nak putar belitkan cerita semata-mata nak tutup kesalahan anda? Apa yang anda dapat? Selain dosa fitnah, anda dapat macam-macam faedah lain lagi ke?
Dapat kepuasan boleh burukkan orang lain?
Rasa2 boleh hidup aman damai bahagia ke kalau berterusan berhutang dan tabur fitnah?

Mintak dijauhkan lah bertemu dengan orang macam ni lagi, cukup lah pengalaman selama beberapa tahun bersama dengan org yg begini.

Syukur ya allah walaupun irene perlu menanggung hutang,tetapi dijauhkan dari manusia sebegitu.Alhamdulillah.

Thursday, 24 July 2014

Biskut Raya

Tahun ni seronok irene beraya..dapat buat biskut raya sendiri.Kalau dulu jangan harap lah nk buat sendiri,masa mmg tak mengizinkan.Tahun ni office mate ajak join buat biskut.Kalau tahun-tahun lepas memang diorang tak pernah ajak irene sebab keadaan tak mengizinkan.Nasib lah diorang faham dgn keadaan irene.



Semalam dapat buat 4 jenis biskut hasil tangan 9 orang.Memang berbaloi sangat.Bila buat sendiri kos pun menjimatkan.
Tapi masyaallah...penat betul lah haiii..sakit pinggang terasa sampai malam.Baru tahu betapa penatnya nak buat biskut raya.Tapi seronok walaupun penat, dapat berborak2 dengan kawan2 sambil buat biskut ,macam2 isu yg di'sembangkan'..
Carrot cake pun ada.Salah seorang member kuih raya buat sempena belated birthday dia.


Semangat raya tahun ni terasa lain macam sikit.Persiapan sederhana tapi terasa cukup lengkap. Hari ni irene nak teruskan buat cookies dgn honey cornflake pulak.Selain tu tgh fikir nak masak apa la utk juadah pagi raya..nasik daging? Sup tulang?
 Kemudian2 aja finalised kan.

Monday, 21 July 2014

Sabarlah Wahai Hati


YES!
Not YOU who decide my life path..
The only thing i need to do rite now only keep calm and have patience..

Sunday, 22 June 2014

Baju Raya 2014

Dalam masa beberapa hari lagi ramadhan akan menjelma, alhamdulillah dipanjangkan usia dapat kita tempuh Ramadhan 2014.
Tiap tahun ladies mesti sibuk sediakan persiapan raya utk familes.Bab baju raya perempuan ni mmg cepat,sebab tailor dah tak ambik tempahan bila masuk bulan puasa..betul tak?
Irene rasa tahun ni akan beli ready made ajer.Last year pun tak sempat beli baju raya,so thn ni beli RTW pun dah kira bagus.Tapi ready made sekarang ni pun dah banyak pilihan.Cuma sediakan duit ajer. 
Paling mudah beli di website ZALORA malaysia.Banyak pilihan,designer malaysia pun ramai yang buat RTW khas untuk zalora.
Antaranya:

Chantilly rekaan Jovian Mandagie untuk Zalora


Rizalman for Zalora

Syomir Izwa For Zalora

Emel by Melinda Looi

Selain di Zalora, u ols boleh dapatkan di website designer-designer punya sendiri jugak macam 




Antara koleksi eklusif  yang sangat cantik di mata irene adalah dari Innai Red


Dan koleksi Higaness dari Rizman Ruzaini


Semua cantik-cantik kan?
Rambang mata di buatnya.Fesyen pilihan designer tahun ni kebanyakannya adalah kurung moden pendek dan kain mermaid.Selain tu peplum masih lagi mendominasi fesyen raya tahun 2014.

Jom jamu-jamu mata..cari baju raya yang cantik di mata senndiri dan paling penting kena dgn bajet kita.