Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, 24 July 2014

Biskut Raya

Tahun ni seronok irene beraya..dapat buat biskut raya sendiri.Kalau dulu jangan harap lah nk buat sendiri,masa mmg tak mengizinkan.Tahun ni office mate ajak join buat biskut.Kalau tahun-tahun lepas memang diorang tak pernah ajak irene sebab keadaan tak mengizinkan.Nasib lah diorang faham dgn keadaan irene.



Semalam dapat buat 4 jenis biskut hasil tangan 9 orang.Memang berbaloi sangat.Bila buat sendiri kos pun menjimatkan.
Tapi masyaallah...penat betul lah haiii..sakit pinggang terasa sampai malam.Baru tahu betapa penatnya nak buat biskut raya.Tapi seronok walaupun penat, dapat berborak2 dengan kawan2 sambil buat biskut ,macam2 isu yg di'sembangkan'..
Carrot cake pun ada.Salah seorang member kuih raya buat sempena belated birthday dia.


Semangat raya tahun ni terasa lain macam sikit.Persiapan sederhana tapi terasa cukup lengkap. Hari ni irene nak teruskan buat cookies dgn honey cornflake pulak.Selain tu tgh fikir nak masak apa la utk juadah pagi raya..nasik daging? Sup tulang?
 Kemudian2 aja finalised kan.

Sunday, 22 June 2014

Baju Raya 2014

Dalam masa beberapa hari lagi ramadhan akan menjelma, alhamdulillah dipanjangkan usia dapat kita tempuh Ramadhan 2014.
Tiap tahun ladies mesti sibuk sediakan persiapan raya utk familes.Bab baju raya perempuan ni mmg cepat,sebab tailor dah tak ambik tempahan bila masuk bulan puasa..betul tak?
Irene rasa tahun ni akan beli ready made ajer.Last year pun tak sempat beli baju raya,so thn ni beli RTW pun dah kira bagus.Tapi ready made sekarang ni pun dah banyak pilihan.Cuma sediakan duit ajer. 
Paling mudah beli di website ZALORA malaysia.Banyak pilihan,designer malaysia pun ramai yang buat RTW khas untuk zalora.
Antaranya:

Chantilly rekaan Jovian Mandagie untuk Zalora


Rizalman for Zalora

Syomir Izwa For Zalora

Emel by Melinda Looi

Selain di Zalora, u ols boleh dapatkan di website designer-designer punya sendiri jugak macam 




Antara koleksi eklusif  yang sangat cantik di mata irene adalah dari Innai Red


Dan koleksi Higaness dari Rizman Ruzaini


Semua cantik-cantik kan?
Rambang mata di buatnya.Fesyen pilihan designer tahun ni kebanyakannya adalah kurung moden pendek dan kain mermaid.Selain tu peplum masih lagi mendominasi fesyen raya tahun 2014.

Jom jamu-jamu mata..cari baju raya yang cantik di mata senndiri dan paling penting kena dgn bajet kita.






Monday, 19 August 2013

Mimpikita Lebaran 2013

Best pulak tgk instagrammers gayakan koleksi Mimpikita Lebaran 2013 ni..
Semuanya lawa2..tapi yg pakai tu semuanya tinggi dan halus..a.k.a size model..
Yg ini katalog mimpikita keluarkan dulu..

kat bawah ni pulak antara yg menarik di mata irene..
Tapi rasanya banyak dah sold out..kat fashionvalet pun sekejap jer skirt yg lawa2 dah sold out dulu ni..
Memang tak sempat nak tgk sekali dah sold out..huhu..





Antara instgrammers yg sangat jelita dlm rekaan mimpikita :

photo: ww.asmanasa.com



photo : instagram Fiena5



photo : instgram fyza_kadir

instgram : nadiya nisa

semuanya cun belaka..
jamu mata aja lah kita ni kan..

Thursday, 18 July 2013

Emel by Melinda Looi

Memang terasa sangat bahang aidilfitri da semakin hampir..
Lagi banyak koleksi ready To Wear yang dikeluarkan oleh pereke-pereka tanah air..
Ada sesetngah tu irene baca komen kat Instagram diorang dah sold out baju-bajunya..alahai murah betul rezeki diorang kan..


Emel by Melinda Looi dah lama keluarkan baju RTW..tapi ada gelombang kedua pulak..
Terus mata irene tertangkap yang berwarna biru tu..

Satin cape nampak lawa,boleh tutup kekurusan yang melanda Irene ni..

Mirrored Nyonya ni simple..boleh je irene pakai g keje..

Tapi kalo ada rezeki bonus PM nak bagi untuk kakitangan awam irene boleh lah berangan-angan nak gayakan melinda looi tahun ni..



*Pic from thepoplook.com*

Tuesday, 16 July 2013

LS for Jovian

Comelnya gegirls tuh...
Baju2 pun lawa..
Yang kanan sekali tu kemain lagi posing cekak pinggang..anak saper ler tu???
Lisa pakai dress tu pun lawa kan..
Jom jenguk-jenguk kat zalora..
mana tau ada yang berkenan nanti..
So hari raya nanti dah tak pening..

Monday, 24 June 2013

Summeraya RTW 2013 by RICO RINALDI

Skrang kan Minggu Fesyen Kuala Lumpur ataupun KLFW..
Kalau tgh kat instagram rata-rata update mengenai KLFW..
Memang bolat anak mata nih ha tengok baju lawa-lawa dari fashion designer malaysia..
Apa kurangnya yg penonton yg hadir ke KLFW pun semuanya fashionista..
Pereka muda negara yg berbakat salah sorangnya Rico Rinaldi
Koleksi SUMMERAYA 2013 beliau sangat cantik..moden dan bertemakan warna ceria..


Baju moden berwarna pink ni nampak biasa je dlm pic atas..tapi bila tgk kat IG rico memang cantik sangat..

Skirt sotong kurita katanya..side ruffles skirt


Dan detailing di leher memang lawa..


Selain tu peplum pale pink ni pun lawa kan..dah macam barbie dolls model tu kan?



Yang ini pulak antara baju yang ada di butik rico rinaldi..irene suka yg tengah tu..cantikkan?


Kuning ala batwing ni pun cantik..tapi irene tengok kat website RICO RINALDI dah sold out..

Semua pic ni irene copy paste jer dari instagram rico rinaldi..masa tgh browse IG rico tu,irene terperasan yang baju-baju summeraya ni akan dijual di ZALORA..tapi dia tak cakap bila akan release..
rajin-rajin lah jenguk ig rico yer u ols..

Semua cantik..hati dah terpaut..