Monday 29 July 2013

Koleksi Mekap 2013

Koleksi lah sangat kan..padahal beli 2 ketul je pun..
Lama jugak irene tak beli mekap utk tahun ni,sebab nak berala kadar jer..kalo boleh target nak hidup sederhana,and tak nak lagi beli barang yg bukan kehendak..
Memang satu keperluan irene utk beli BB cream tu..kan entry sebelum ni nak beli mineral mekap,tapi tak jumpa pulak apa yang di cari..masa g mekap kaunter tu,irene tanya which one is the best..samada stick foundation atau BB cream..kata si SA tu,BB cream bagus utk medium coverage and dia akan cover pores,and the stick foundation best for full coverage..irene amik BB cream sebab tgk ada spf35..kat tempat irene ni panas,so sesuai sangat lah higher spf..irene beli both product di Central, Hatyai..harga mungkin beza dari malaysia..
Bobbi Brown tu harga asal THB1600,pas diskaun dpt THB1440..

Lipgloss Archie's Collection dari MAC tu kalo tak silap THB850..memang best pakai lipgloss ni,bibir tak kering mengelupas wpun tgh puasa ni..mmg ada dua kaler,tapi irene amik yg ni sebab satu lagi kaler cerah..and lucky me utk beli lipgloss tu sebab last piece dah..kat malaysia dah lama kan koleksi ni..
So far BB Cream ni mmg irene puas ati..wpun dlm 2/3 jam pakai muka berminyak jugak,tapi irene pakai oil blotters jer..pastu sampai petang mmg elok jer lagi tgk kulit muka..

Wednesday 24 July 2013

Bonus Raya

Akhirnya..dapat jugak bonus raya RM500 daripada gomen..
Syukur alhamdulillah walaupun bukan setengah bulan gaji..
Irene ingt nak belanja beli mekap lah..hehe..baju-baju raya memang malas dah nak pikir,lagi pun selalu sangat dah beli baju..yg tak pakai lagi pun banyak..watpa nak membazir ye dak?
Impian irene nak beli foundation atau mekap yg berasaskan mineral..
 Irene ada jumpa brand BareMinerals..
Tapi kat malaysia ni agaknya kat sephora maybe ada..irene pulak jauh nak g sephora tu..
Antara yang mudah irene nak beli semstinya maybelline..kat mana-mana pun ada..and harga pun berpatutan..

Pure Fluid mineral ni kalo tak silap irene dalam RM40 something..

Takpe nanti kalo irene dah beli,irene share result dia camna okeh..kulit irene ni jenis berminyak..susah nak dapat foundation yg irene betul-betul puas hati..
Okey tata u ols,irene semangat nak wat keje ni,sebab target nak habiskan keje sebelum cuti raya..satu hal lagi sebab gaji dah masuk,tu yg berkobar-kobar..hehe..

Sunday 21 July 2013

Mango Kids

Mango mmg awesome..


Sekarang dah kuarkan mango kids..
Best jugak jamu mata tgk baju2 kids walaupun irene takde anak..
Harga kat mango kids ni ok la jugak...mampu lagi nak beli..
Kita kat Malaysia ni pun boleh beli secara online..
Nanti korang jemputlah jamu mata kat sini yer..

Thursday 18 July 2013

Emel by Melinda Looi

Memang terasa sangat bahang aidilfitri da semakin hampir..
Lagi banyak koleksi ready To Wear yang dikeluarkan oleh pereke-pereka tanah air..
Ada sesetngah tu irene baca komen kat Instagram diorang dah sold out baju-bajunya..alahai murah betul rezeki diorang kan..


Emel by Melinda Looi dah lama keluarkan baju RTW..tapi ada gelombang kedua pulak..
Terus mata irene tertangkap yang berwarna biru tu..

Satin cape nampak lawa,boleh tutup kekurusan yang melanda Irene ni..

Mirrored Nyonya ni simple..boleh je irene pakai g keje..

Tapi kalo ada rezeki bonus PM nak bagi untuk kakitangan awam irene boleh lah berangan-angan nak gayakan melinda looi tahun ni..



*Pic from thepoplook.com*

Tuesday 16 July 2013

LS for Jovian

Comelnya gegirls tuh...
Baju2 pun lawa..
Yang kanan sekali tu kemain lagi posing cekak pinggang..anak saper ler tu???
Lisa pakai dress tu pun lawa kan..
Jom jenguk-jenguk kat zalora..
mana tau ada yang berkenan nanti..
So hari raya nanti dah tak pening..

Friday 12 July 2013

3 ramadhan

Alhamdulillah..udah 3 ramadhan..setakat ni irene masih berpuasa penuh..
First day puasa mmg berjalan dgn lancar..terawikh pertama pun dapat dilaksanakan dengan jayanya wpun sekadar di rumah aja..
Selalunya utk tahun2 lepas mmg irene akan ke masjid berhampiran,tapi memandangkan tahun ni situasi irene berbeza sedikit,so terawikh kat rumah aja..
Untuk puasa kedua,mmg penuh dugaan ..pagi2 lagi diuji dengan satu kejadian yg irene mmg dah jangka akan berlaku..nasib lah irene  takde perkara buruk berlaku kat irene ni..syukur..mmg lembik lah puasa hari ni sebab letih fizikal dan minda..berbuka pun makan skit2 je..tapi dlm kul 11 irene makan nasik lagi sekali..pastu tido awal dari kebiasaan iren..
Hari ketiga ramadhan,terjaga dah lewat..satu rumah tertido tak bangun sahur..takpe lah,tak sahur bukan bermakna kena skip puasa kan?..
So hari ketiga ni pun still lembik lagi,maybe teringat peristiwa semalam lagi..mungkin ni dugaan utk irene..irene redha dgn semua ujian yg allah berikan..cuma irene sentiasa doakan ,moga allah swt permudahkan segalanya...

Masa menaip entry ni,sambil2 irene dgr Al-Kulliyyah di tv3..2 perkara penting yg boleh di ambil kira:
1.sentiasa ikhlas berpuasa dan banyakkan ibadat di bulan puasa..
2.puasa dah sampai hari ketiga,banyak mana sedekah yg anda sudah keluarkan?

Jom renungi diri kita dalam mencapai kesempurnaan diri..sesungguhnya manusia tak pernah lari dari kesalahan..

Tuesday 9 July 2013

Ramadhan 2013

Selamat Berpuasa
kepada semua muslimin dan muslimat..
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada anda semua..

Sunday 7 July 2013

A gift

Thanks to a friend..semalam dia hadiahkan irene perfume..belated birthday gift..dia mcm tahu je irene mmg tgh intai-intai perfume..
Memang happy sgt lah dapat gift ni semalam..Purrs by Katie Perry..bau dia sweet ajer..botol lagi lah comel..kucing pakai pendant..cute giler..
Semangat hari ni pakai perfume baru gi keje..ermmmm wangiiii..

Wednesday 3 July 2013

LS For Jovian

Sebut Jovian Mandagie mesti ramai yang kenal kan..
Nak-nak lagi Jovian dah keluarkan banyak koleksi ready to wear (RTW) sebelum-sebelum ni..
Yang terbaru ialah LS (Lisa Surihani) for Jovian..


Masa irene gi J store mmg dah ada kat sana..
Tapi untuk online baru release semalam kat ZALORA..
Boleh tahan lawa gak koleksi kali ni.
Masa gi J store irene suka ILI DRESS..mmg lawa sgt tgk depan mata,walaupun dlm gambar nmpk biasa2 aja kan..yang kanan yer..

selain tu hitam putih ni mmg comel..classic..

Baju ala2 kedah ni pun lawa..

(Photo credit to Jovian mandagie's FB)

Ada tak yg korang suka untuk koleksi LS for Jovian ni?
kalau suka apa lagi terus beli jer,nnt senang boleh tukar2 baju raya,wat pki gi open house pun ssesuai sgt..


Mega Sale 2013


Mega Sale is back..if not mistaken mega sale started on 28 June 2013..until raya I think..
Irene mmg tak ketinggalan gi join mega sale last week,actually tak sengaja pun..
Patut lah tgk semua butik sale..up to 50%..apa lagi mmg 'pucuk di cita ulam mendatang'..


Sampai tak keruan jadinya..memandangkan dah lama irene tak beli pants and jeans,so kali ni beli lah semua2 tu and kira tuk raya sekali lah..
Selain tu my fav item wajib beli kalo g shopping semestinya ini...


Kali ni saja pilih kaler terang,neon yellow gitu..irene memang peminat heels..pantang nampak kasut lawa2,asal tgk lawa and dalam limit kemampuan mesti nak je beli..
Orang pompuan agaknya mmg camni kan..
U ols pun sama kan? Kan?


Monday 1 July 2013

J Store


Baru-baru ni irene sempat ke J Store di bangsar tu..masa irene g sana dah petang dlm kul 5,so tak der org sgt kat sana..
Saja jer kawan irene ajak g jamu mata kat sana..semua collection RTW jovian ada di sana..termasuk scarves dan yg di jual di zalora..aksesori mcm rantai,gelang,subang pn banyak..cantik2 jugak di mata irene ni..
Memula nak amik takut gak,mana tau harga berganda ke apa,tapi rupanya harga aksesori kat J store sangat berpatutan..


Irene dgn kawan irene beli subang and brooch..comelkan brooch tu..mmg represent diri irene..A Lady With Red Handbag gitu..
U ols mesti nak tau harga subang n brooch tu kan? Ok lah,harga subang RM19,brooch plak RM25..
Antara baju2 yg irene suka kat sana banyak jugak tak available online..skang ni collection Lisa Surihani bnyk kat sana..harga antara RM400-RM600..u ols boleh order kat J store kalo berkenan..yg hitam tu pun lawa..classic..

Kalau ada masa nanti boleh lah u ols ke J Store..mana tau ada yg berkenan di hati,tak perlu susah2 nak pening kepala cari baju raya lagi kan..
Irene pun kalo boleh nak lagi berkunjung ke sana kalau masa mengizinkan..