Thursday, 24 July 2014

Biskut Raya

Tahun ni seronok irene beraya..dapat buat biskut raya sendiri.Kalau dulu jangan harap lah nk buat sendiri,masa mmg tak mengizinkan.Tahun ni office mate ajak join buat biskut.Kalau tahun-tahun lepas memang diorang tak pernah ajak irene sebab keadaan tak mengizinkan.Nasib lah diorang faham dgn keadaan irene.



Semalam dapat buat 4 jenis biskut hasil tangan 9 orang.Memang berbaloi sangat.Bila buat sendiri kos pun menjimatkan.
Tapi masyaallah...penat betul lah haiii..sakit pinggang terasa sampai malam.Baru tahu betapa penatnya nak buat biskut raya.Tapi seronok walaupun penat, dapat berborak2 dengan kawan2 sambil buat biskut ,macam2 isu yg di'sembangkan'..
Carrot cake pun ada.Salah seorang member kuih raya buat sempena belated birthday dia.


Semangat raya tahun ni terasa lain macam sikit.Persiapan sederhana tapi terasa cukup lengkap. Hari ni irene nak teruskan buat cookies dgn honey cornflake pulak.Selain tu tgh fikir nak masak apa la utk juadah pagi raya..nasik daging? Sup tulang?
 Kemudian2 aja finalised kan.

Monday, 21 July 2014

Sabarlah Wahai Hati


YES!
Not YOU who decide my life path..
The only thing i need to do rite now only keep calm and have patience..

Sunday, 22 June 2014

Baju Raya 2014

Dalam masa beberapa hari lagi ramadhan akan menjelma, alhamdulillah dipanjangkan usia dapat kita tempuh Ramadhan 2014.
Tiap tahun ladies mesti sibuk sediakan persiapan raya utk familes.Bab baju raya perempuan ni mmg cepat,sebab tailor dah tak ambik tempahan bila masuk bulan puasa..betul tak?
Irene rasa tahun ni akan beli ready made ajer.Last year pun tak sempat beli baju raya,so thn ni beli RTW pun dah kira bagus.Tapi ready made sekarang ni pun dah banyak pilihan.Cuma sediakan duit ajer. 
Paling mudah beli di website ZALORA malaysia.Banyak pilihan,designer malaysia pun ramai yang buat RTW khas untuk zalora.
Antaranya:

Chantilly rekaan Jovian Mandagie untuk Zalora


Rizalman for Zalora

Syomir Izwa For Zalora

Emel by Melinda Looi

Selain di Zalora, u ols boleh dapatkan di website designer-designer punya sendiri jugak macam 




Antara koleksi eklusif  yang sangat cantik di mata irene adalah dari Innai Red


Dan koleksi Higaness dari Rizman Ruzaini


Semua cantik-cantik kan?
Rambang mata di buatnya.Fesyen pilihan designer tahun ni kebanyakannya adalah kurung moden pendek dan kain mermaid.Selain tu peplum masih lagi mendominasi fesyen raya tahun 2014.

Jom jamu-jamu mata..cari baju raya yang cantik di mata senndiri dan paling penting kena dgn bajet kita.






Monday, 24 March 2014

#RememberingMH370

Deepest condolences to all the family members of passengers and cabin crew on board..

Semalam first time irene rasa sebab bila dengar press conference yang diumumkan oleh PM kita..
Berakhirlah misi SAR utk MH370 yang menjadi misteri untuk negara kita selama 17 hari lepas..
Masyaallah..sedih sgt rasa..apatah lagi kaum keluarga yang terlibat.
Selanjutnya boleh baca kenyataan penuh PM kita di SINI.

Sunday, 9 March 2014

#PrayForMH370

"Sebuah pesawatMalaysia Airlinesyang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu. Ia membawa 239 penumpang, termasuk 12 anak kapal." 

www.astroawani.com


Still in shock..tetiba MH370 lost communication dgn menara kawalan..apa2 pun irene doakan kerja-kerja menyelamat dipermudah dan dipercepatkan oleh Nya..

Monday, 30 December 2013

Happy New Year 2014

It's just the way you see it..


 Happy new year kawan-kawan semua.
Yang pastinya tahun 2013 sudah melabuhkan tirai,in a few hours kita akan jejakkan kaki ke 2014.
2013 yang pastinya meninggalkan kenangan manis dan pahit yang mendalam dalam hidup irene.
Semoga tahun yang akan datang memberikan seribu harapan kebahagiaan kepada kita semua.

Wednesday, 4 December 2013

Party Time with Lasenza

Hujung tahun mmg musim party agaknya.
Irene tengok sani sani penuh glitter dalam rekaan pakaian,tak kisah lah sequin,satin ke apa,tapi semuanya meriah dan glamour.
Tak ketinggalan pakaian tidur dari Lasenza, glitter shorts ni mmg sexy.

Sequin short ni glamour sangat,tapi kalo irene pakai tido aje lah.Tak mungkin nak pakai keluar siram pokok bunga,kan???
Terlampau sangat kalo irene pakai siram pokok bunga..hehehehehe..ngeri sgt!!

Body suit hitam dgn gold dust ni pun cantik.
Boleh aje padankan dengan leather jacket atau blazer.


Sangat praktikal utk kegunaan harian.
Atau boleh terus pakai ke acara parti untuk malam hari,padankan dengan black coated skinny jeans.
Dahhhh..u look fabulous ladies!

Dan yang terakhir, Faux bra and panties kegemaran irene uth tahun 2013.
Memang sgt berlainan dari keluaran-keluaran lasenza yang sebelum ni.

Irene tgk di FB lasenza Malaysia, Faux bra berharga RM109 dan panties RM79,gartier pulak RM89.
Bagi yang berkesempatan ke butik Lasenza, baik pergi cuci mata atau cuci poket sekarang sebab ada sale sampai ahad ni.

Jom kita ke sana....