Wednesday, 3 July 2013

LS For Jovian

Sebut Jovian Mandagie mesti ramai yang kenal kan..
Nak-nak lagi Jovian dah keluarkan banyak koleksi ready to wear (RTW) sebelum-sebelum ni..
Yang terbaru ialah LS (Lisa Surihani) for Jovian..


Masa irene gi J store mmg dah ada kat sana..
Tapi untuk online baru release semalam kat ZALORA..
Boleh tahan lawa gak koleksi kali ni.
Masa gi J store irene suka ILI DRESS..mmg lawa sgt tgk depan mata,walaupun dlm gambar nmpk biasa2 aja kan..yang kanan yer..

selain tu hitam putih ni mmg comel..classic..

Baju ala2 kedah ni pun lawa..

(Photo credit to Jovian mandagie's FB)

Ada tak yg korang suka untuk koleksi LS for Jovian ni?
kalau suka apa lagi terus beli jer,nnt senang boleh tukar2 baju raya,wat pki gi open house pun ssesuai sgt..


Mega Sale 2013


Mega Sale is back..if not mistaken mega sale started on 28 June 2013..until raya I think..
Irene mmg tak ketinggalan gi join mega sale last week,actually tak sengaja pun..
Patut lah tgk semua butik sale..up to 50%..apa lagi mmg 'pucuk di cita ulam mendatang'..


Sampai tak keruan jadinya..memandangkan dah lama irene tak beli pants and jeans,so kali ni beli lah semua2 tu and kira tuk raya sekali lah..
Selain tu my fav item wajib beli kalo g shopping semestinya ini...


Kali ni saja pilih kaler terang,neon yellow gitu..irene memang peminat heels..pantang nampak kasut lawa2,asal tgk lawa and dalam limit kemampuan mesti nak je beli..
Orang pompuan agaknya mmg camni kan..
U ols pun sama kan? Kan?


Monday, 1 July 2013

J Store


Baru-baru ni irene sempat ke J Store di bangsar tu..masa irene g sana dah petang dlm kul 5,so tak der org sgt kat sana..
Saja jer kawan irene ajak g jamu mata kat sana..semua collection RTW jovian ada di sana..termasuk scarves dan yg di jual di zalora..aksesori mcm rantai,gelang,subang pn banyak..cantik2 jugak di mata irene ni..
Memula nak amik takut gak,mana tau harga berganda ke apa,tapi rupanya harga aksesori kat J store sangat berpatutan..


Irene dgn kawan irene beli subang and brooch..comelkan brooch tu..mmg represent diri irene..A Lady With Red Handbag gitu..
U ols mesti nak tau harga subang n brooch tu kan? Ok lah,harga subang RM19,brooch plak RM25..
Antara baju2 yg irene suka kat sana banyak jugak tak available online..skang ni collection Lisa Surihani bnyk kat sana..harga antara RM400-RM600..u ols boleh order kat J store kalo berkenan..yg hitam tu pun lawa..classic..

Kalau ada masa nanti boleh lah u ols ke J Store..mana tau ada yg berkenan di hati,tak perlu susah2 nak pening kepala cari baju raya lagi kan..
Irene pun kalo boleh nak lagi berkunjung ke sana kalau masa mengizinkan..

Wednesday, 26 June 2013

Mysterious Maroon

Alhamdulillah episod jerebu dah berlalu..
Allah makbulkan doa kita semua dengan turunnya hujan di merata tempat seluruh negara..
Rasanya kali ni merupakan jerebu paling teruk yg pernah melanda negara sepanjang hidup Irene..IPU mencecah sampai 700+ di Muar..memang menakutkan..
Bukannya apa,sekadar nak mengingatkan diri suatu hari nanti bila tebaca balik blog ni..
Padahal tajuk entry berbeza dgn pembuka entry..

Ok lah skang baru nak masuk ke cerita sebenar..hehe..
Kebelakangan ni Irene suka warna maroon atau merah gelap..some say burgundy..
Irene rasa warna ni sngt mysterious...susah nak describe tentang warna maroon ni..
Kadang rasa warna ni melambangkan kematangan..entah lah pendapat Irene jer tu..
Antara barang-barang yg berwarna maroon menjadi kesukaan Irene, owh well semestinya brang2 ni berkaitan dgn fashion ..kan Irene ni materialistik..hehehe

Chanel idaman setiap ikon fesyen?...

Fabulous fazura in House Of Dolls maxi skirt..

Vivy Yusof with her maroon crop jacket..

FashionValet outfit of the day...

Semua photo Irene ambik dari IG nama-nama yg berkaitan kat atas tu..mmg best lah jamu mata kat IG skrang ni memandangkan blog macam tak ramai dah yg selalu update..

Owh esok Irene cuti, sebab ada hal yg perlu diselesaikan di luar daerah..harapnya semua berjalan dengan lancar..

Selamat berhujung minggu..

Monday, 24 June 2013

Summeraya RTW 2013 by RICO RINALDI

Skrang kan Minggu Fesyen Kuala Lumpur ataupun KLFW..
Kalau tgh kat instagram rata-rata update mengenai KLFW..
Memang bolat anak mata nih ha tengok baju lawa-lawa dari fashion designer malaysia..
Apa kurangnya yg penonton yg hadir ke KLFW pun semuanya fashionista..
Pereka muda negara yg berbakat salah sorangnya Rico Rinaldi
Koleksi SUMMERAYA 2013 beliau sangat cantik..moden dan bertemakan warna ceria..


Baju moden berwarna pink ni nampak biasa je dlm pic atas..tapi bila tgk kat IG rico memang cantik sangat..

Skirt sotong kurita katanya..side ruffles skirt


Dan detailing di leher memang lawa..


Selain tu peplum pale pink ni pun lawa kan..dah macam barbie dolls model tu kan?



Yang ini pulak antara baju yang ada di butik rico rinaldi..irene suka yg tengah tu..cantikkan?


Kuning ala batwing ni pun cantik..tapi irene tengok kat website RICO RINALDI dah sold out..

Semua pic ni irene copy paste jer dari instagram rico rinaldi..masa tgh browse IG rico tu,irene terperasan yang baju-baju summeraya ni akan dijual di ZALORA..tapi dia tak cakap bila akan release..
rajin-rajin lah jenguk ig rico yer u ols..

Semua cantik..hati dah terpaut..

Sophie Kinsella's Novel

Salah satu hobi irene semestinya baca novel dan majalah fashion..nak kata book worm tu tak jugak..dari zaman sekolah rendah lg suka baca novel,almaklumlah masa tu kan baru nak meningkat remaja,so dah kenal cinta monyet..hehehe..layan lah novel2 ahadiat akasyah..mmg banyak irene kumpul novel ahadiat dulu2 nih..
Tapi bila dah meningkat dewasa..mula bertukar ke novel inggeris,sebab nak tingkatkan penguasaan bahasa inggeris org kata..hehehe..maklumlah irene ni org kampung,so jarang2 guna bahasa inggeris..setakat exam atas paper tu no hal lah,mmg boleh score wpun tak seberapa..
Sophie Kinsella ni antara favourite author irene..bahasa dlm novel dia mudah irene paham dan yang penting jalan citer novel dia smua best2..novel ni dah lama irene beli,tapi skang baru berkesempatan nak baca..tu pun tak tahu bilanya boleh habis..kekangan masa mmg penghalang utama bila umur2 dewasa ni nak membaca novel..
Ok lah u ols,nnt irene nak update pasal baju raya plak sempena Kuala Lumpur Fashion Week..see ya!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 20 June 2013

Jessica Dress From Kate Spade

Irene memang suka jenama Kate Spade..
Sebabnya warna-warna ceria bawah label Kate Spade ni sangat kena dengan taste Irene..
Irene memang sukakan warna yang terang dan ceria..kalau pakai mmg satu hari tu terasa mood pun ceria aja..
Skrang Kate Spade tgh ada sale..u ols boleh tengok di website KATE SPADE
Irene pun tak ketinggalan jugak nak jamu mata kat situ wpun duit baki gaji tinggal kerak2 ajer..hehe..
Antara favourite item on sale Irene semestinya Jessica Dress ni..

Ala dress ni biasa2 aja kan..tapi warna & stripe yg buatkan Irene suka..dress camni sesuai nak pakai selalu, gi shopping pun boleh pakai..takpun kat rumah sambil goreng mee pun boleh aja pakai..TAPI kalau Irene mmg tak pakai lah..sayang u ols!

Pic kat bawah Irene google jer mcm mana nak gayakan Jessica dress ni..

Nampak cam model tu nak ke pantai je kan? ataupun keluar bersantai picnik kat taman..?

Satu lagi item yg Irene sangat suka...
Semestinya aksesori statement..

Pop Garden Ring

Senang nak gayakan cuma pakai jeans dgn simple top mesti menyerlah bunga di jari tu kan..

Ok lah nanti kalau ada apa2 yg menarik Irene update lagi yer..

Selamat berhujung minggu...