Thursday, 24 October 2013

Prada Lace

Baru 'berkenalan' dengan Prada Lace..
Actually prada lace ni dah ada dalam Prada Lookbook for Fall 2008 collection lagi..lama dah tu..

Last year Syaiful Baharim gunakan prada lace untuk collection raya 2012 beliau..


Prada lace agak kasar dan berat dari lace biasa..tapi di mata irene,prada lace ada keistimewaan yg tersendiri..

Harga prada lace di malaysia ni agak mahal jugak kalau nak dibandingkan dgn harga yg irene dapat dari Bandung..
Lace dah ada,tapi tgh cari idea untuk jadikan baju. Paling sesuai semestinya kurung moden,boleh pakai berulang kali dan ada value for money.Agaknya nanti anak cucu pun boleh merasa..kalau lah ditakdirkan ada anak cucu..huhuhu
Antara idea-idea yg boleh digarab dari style yg terjumpa contohnya sebegini
Long dress yg sesuai nak digayakan ke majlis formal atau majlis kahwin..


Prada lace hijau dipadankan dgn beige , menyerlahkan aura emerald green yg sangat cantik

tapi irene prefer hanya baju aja gunakan prada lace..kain kemungkinan chifon atau satin yg flowy..ala2 pic yg irene grab dari emmwardrobefashion IG's ni

Design ni lebih kurang dgn Syaiful Baharim yg maya karin gayakan diatas..cuma lebih simple..

Owh lupa,ini irene punya prada lace..masih tercari-cari warna latar yg sesuai sama ada nak kaler pastel atau kontra dgn lace..


Orange+yellow ombre base..

Pinkish ombre base..

Nude/beige belum try lagi letak..mungkin cantik..tak pasti mcm mana hasil akhir nanti..
Agaknya kena bawa ke kedai then try letak satu persatu atas warna-warna yg berpotensi untuk cantik..
We'll see later warna apa yg sesuai nanti..

Wednesday, 23 October 2013

Shredded Holes Jeans

Sekarang mmg tgh IN trend shredded holes jeans ni yer..
Rata-rata rumah fashion smua ada denim berlubang/koyak ni..
Irene pun try beli sepasang..polka dot shredded holes jeans irene dari MANGO..

MANGO mmg salah satu feveret denim irene sebab harga yg sangat berpatutan..
Jeans mcm irene ni pun aritu sale cuma RM99 je..
Irene pasangkan shredded holes jeans dgn tshirt atau shirt je..simple je selalunya..plus aksesori skit..
Kalo nak feel mcm 'DIVA' irene pakai peep toe heels..or hari nak rasa 'CHILL' irene pair kan dgn sandals jer..
Owh skrang irene rasa cam semangat nak update pulak lately..
Nanti kita update lagi yer

Monday, 21 October 2013

Jacket For Autumn

Kalau kat negara kita,mmg confirm takda 4 musim..terutamanya musim luruh atau musim sejuk..
Kat malaysia ni sekadar musim panas atau musim hujan je kan..
Time hujan ni boleh lah kita nak pakai jaket..ala-ala autumn kat negara barat gitu..
Macam irene ni masuk mall pun tak tahan sejuk..
Entah kenapa skrang ni tak tahan sejuk,at least kena ada cardigan cover..
Semalam saja irene jenguk2 website macam H&M etc..sekadar nak tengok sale..mcm x banyak sgt yg ada sale..
Sekali ternampak jaket yg lawa.
Irene suka 3 jaket ni..

Denim jacket dari GUESS..ada studded details di lengan..lawa sgt pada pandangan mata irene ni..

Denim & Supply By Ralph Lauren Military Jacket..yg ini irene suka sebab button details dan kat shoulder tu ada detailing jugak..tapi mesti mahal kan...

Blazer without lepel dari H&M ni mmg simple..kalau pakai dgn jeans pun ok..harga pun berpatutan ..yg ni mmg mampu milik RM149

Ok lah lepas ni blh gi cari jaket-jaket yg lebih kurang mcm kat atas tu..tambahan lagi sekarang cuaca hujan di sini,sesuai sangat nak berjaket..

Wednesday, 2 October 2013

My first car

After a longggggg time longing for a dream car...
finally i've got mine around a month ago..
Alhamdulillah..a small car that suite my daily use..
She is a white baby SWIFT..

swiftly  and sweet just like her owner...
hehehehhe
irene mmg dah lama berkenan dgn swift ni..memula dulu tgk swift biru masa mawie menang Akademi Fantasia tu..lepas tu terjumpa depan mata di KL..mmg terus terpaut sampai bertahun lamanya..
Alhamdulillah dah tertulis rezeki irene dapat dream car ni tahun 2013..syukur..
Kereta yg mampu milik dan kena taste irene..kalau nak sembang pasal performance mmg tak pandai..cuma yg irene tau, swift ni enjin 1.4L,low fuel consumption and low emission..
So far dah servis sekali,harga servis pertama dalam RM126..ok lah kan..tak mahal sangat..itu pun servis di Suzuki Service Center..
Harap-harap baby putih ni akan berjasa lah kat irene..jangan buat perangai ke apa yer baby...



Wednesday, 25 September 2013

Vitamin E

Skrang ni boleh dikatakan worst time of my life
segala-galanya merosot..condition kulit pun teruk,rambut pun bnyk sangat gugur..kuku pun rapuh..
Semuanya berpunca dari stress yg irene alami di sebabkan oleh faktor-faktor tertentu..
Yesss...stress mmg merbahaya okey..habis merosot segala prestasi samada dari segi mental atau fizikal..
Yang kita boleh nampak cuma dari fizikal lah kan..
Selain stress yg menyebabkan kulit irene jadi gelap dan munculnya bintik-bintik hitam,akibat terkena panas matahari berlebihan pun merupakan salah satu faktor jugak..nasib lah hari yg terpaksa berjemur tu pakai sunblock..kalau tak entah lah camna teruk lagi jadinya...
So irene nak cuba ambil VITA-E COMPLEX keluaran shaklee..

Ada 120 kapsul..harga sebotol RM149..sehari makan sebijik..so sebotol adalah utk bekalan 4 bulan..sangat berbaloi jugak lah..
Antara kebaikan Vita-E Complex ni adalah:

  • Mencantikan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Kulit semakin halus, gebu dan licin
  • Mengurangkan jeragat, parut & jerawat
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
  • Meningkatkan kesuburan
  • Menyelesaikan masalah kelesuan
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.
  • Membantu kawasan gelap areola  itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
  • Parut strecth mark menjadi semakin pudar.
Banyak kan kebaikan Vit E utk kulit...harap2 lepas ni segala yang mengalami kemerosotan tu akan bertambah pulih dgn bantuan Vit E..

Thursday, 19 September 2013

Pua Kumbu Madness

Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kaum Iban, dihasilkan dan digunakan di SarawakMalaysia. Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci. Ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, sampai usia, menerima barangan penting kepada rumah panjang, dan bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum pengkebumian.
Selain Pua Kumbu, terdapat juga Pua Sungkit dan Pua Karap.

recently mmg irene tergilakan pua kumbu..semenjak kawan tunjuk dia punya..terus tercari-cari kain ni..maklumlah boleh dapat dari serawak aja kan..so irene pun terus tanya irene punya sista yg ada di sabah kot2 kat sana pun ada..rupanya pua kumbu cuma ada di serawak..so sista irene pun tanya kawan2 dia..nasib ada cousin kepada sista irene yg nak ke serawak..


Ini lah hasil kiriman kat cousin sista irene tu..lawa kan?
actually pua kumbu ni cuma 2meter..dia ala2 kain batik yang belum berjahit tu..kain dia best,lembut dan tak panas..
harga pun tak mahal..memang berpatutan..dalam ruang lingkup mampu lagi lah..

yang atas ni sista irene punya..ni pun lawa kan..actually yang ni corak dia besar dari punya..


ini pulak yang kawan irene punya..ni lah pic memula yg kawan irene send buatkan irene terus jatuh hati dgn pua kumbu..
Banyak kan tenunan malaysia yang cantik selain songket..proud to be malaysian :D

kain 2 meter nanti senang pasangkan dgn kain kosong atau maxi skirt..irene cadang nak buat kurung moden satu dgn peplum blouse satu..so peplum blouse tu boleh lah padankan dengan seluar nanti..
kalo nak tgk fashion pua kumbu yang paling cantik irene pernah tengok semestinya si dia ni lah yang menang..


kalau tak salah irene fazura gayakan rekaan Rizman Ruzaini..
cantik kan?




Saturday, 24 August 2013

Weekend

Minggu ni mmg tak terasa lah weekend..bila bangun ja kena wat kerja..wpun irene wat keja kat rumah,still spoil jugak weekend irene..kalo boleh weekend nak makan-makan and tido2 aja..
Ya lah selalunya weekend irene mmg camni,banyak spend kat rumah..jarang sangat nak kuar makan-makan,movie ataupun window shopping..
Korang buat apa weekend ni?