Wednesday 25 September 2013

Vitamin E

Skrang ni boleh dikatakan worst time of my life
segala-galanya merosot..condition kulit pun teruk,rambut pun bnyk sangat gugur..kuku pun rapuh..
Semuanya berpunca dari stress yg irene alami di sebabkan oleh faktor-faktor tertentu..
Yesss...stress mmg merbahaya okey..habis merosot segala prestasi samada dari segi mental atau fizikal..
Yang kita boleh nampak cuma dari fizikal lah kan..
Selain stress yg menyebabkan kulit irene jadi gelap dan munculnya bintik-bintik hitam,akibat terkena panas matahari berlebihan pun merupakan salah satu faktor jugak..nasib lah hari yg terpaksa berjemur tu pakai sunblock..kalau tak entah lah camna teruk lagi jadinya...
So irene nak cuba ambil VITA-E COMPLEX keluaran shaklee..

Ada 120 kapsul..harga sebotol RM149..sehari makan sebijik..so sebotol adalah utk bekalan 4 bulan..sangat berbaloi jugak lah..
Antara kebaikan Vita-E Complex ni adalah:

  • Mencantikan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Kulit semakin halus, gebu dan licin
  • Mengurangkan jeragat, parut & jerawat
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
  • Meningkatkan kesuburan
  • Menyelesaikan masalah kelesuan
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.
  • Membantu kawasan gelap areola  itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
  • Parut strecth mark menjadi semakin pudar.
Banyak kan kebaikan Vit E utk kulit...harap2 lepas ni segala yang mengalami kemerosotan tu akan bertambah pulih dgn bantuan Vit E..

Thursday 19 September 2013

Pua Kumbu Madness

Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kaum Iban, dihasilkan dan digunakan di SarawakMalaysia. Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci. Ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, sampai usia, menerima barangan penting kepada rumah panjang, dan bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum pengkebumian.
Selain Pua Kumbu, terdapat juga Pua Sungkit dan Pua Karap.

recently mmg irene tergilakan pua kumbu..semenjak kawan tunjuk dia punya..terus tercari-cari kain ni..maklumlah boleh dapat dari serawak aja kan..so irene pun terus tanya irene punya sista yg ada di sabah kot2 kat sana pun ada..rupanya pua kumbu cuma ada di serawak..so sista irene pun tanya kawan2 dia..nasib ada cousin kepada sista irene yg nak ke serawak..


Ini lah hasil kiriman kat cousin sista irene tu..lawa kan?
actually pua kumbu ni cuma 2meter..dia ala2 kain batik yang belum berjahit tu..kain dia best,lembut dan tak panas..
harga pun tak mahal..memang berpatutan..dalam ruang lingkup mampu lagi lah..

yang atas ni sista irene punya..ni pun lawa kan..actually yang ni corak dia besar dari punya..


ini pulak yang kawan irene punya..ni lah pic memula yg kawan irene send buatkan irene terus jatuh hati dgn pua kumbu..
Banyak kan tenunan malaysia yang cantik selain songket..proud to be malaysian :D

kain 2 meter nanti senang pasangkan dgn kain kosong atau maxi skirt..irene cadang nak buat kurung moden satu dgn peplum blouse satu..so peplum blouse tu boleh lah padankan dengan seluar nanti..
kalo nak tgk fashion pua kumbu yang paling cantik irene pernah tengok semestinya si dia ni lah yang menang..


kalau tak salah irene fazura gayakan rekaan Rizman Ruzaini..
cantik kan?